Usah tipu pendapatan untuk anak masuk MRSM, tak berkat – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas sikap segelintir ibu bapa yang yang menipu pendapatan untuk dikategorikan B40 supaya anak mereka diterima belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau mengingatkan penipuan itu menjurus kepada tiada keberkatan kerana mengambil hak orang miskin yang lain.

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM.

“Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” tegur Asyraf.

Walaupun tiada dasar menyatakan hanya pelajar miskin boleh memasuki MRSM, Mara memberi keutamaan kepada anak anak daripada golongan berpendapatan rendah dalam pengambilan pelajarnya.

Dasar agensi itu menetapkan kuota 60 peratus pelajar MRSM adalah dalam kalangan B40, manakala selebihnya mereka yang layak iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) daripada kalangan M40 dan T20.

Institusi pendidikan itu ditubuhkan untuk melahirkan generasi pelajar holistik di kalangan Bumiputera yang cemerlang dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pada masa sama, MRSM menerapkan keperibadian yang seimbang berteraskan nilai, adab serta akhlak Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat