Dua misi MITI ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah berjaya meraih RM29.6 potensi pelaburan dan RM2.8 bilion potensi eksport dari Misi-misi Pelaburan dan Perdagangan ke Jepun tahun ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, kebanyakan pelaburan adalah dalam sektor-sektor yang disasarkan seperti tenaga boleh diperbaharui, elektrik dan elektronik, kimia dan ekonomi digital, sejajar dengan misi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030).

“Alhamdulillah, MITI telah berjaya meraih RM29.6 potensi pelaburan dan RM2.8 bilion potensi eksport dari Misi-misi Pelaburan dan Perdagangan ke Jepun tahun ini.

“MITI akan memastikan pelaburan ini direalisasikan secepat mungkin untuk menghasilkan lebih banyak peluang perniagaan untuk PKS dan pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia,” kata Tengku Zafrul.

Sehubungan itu beliau berkata, kelulusan pelaburan telah dipercepatkan melalui Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP), dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan (ICCM).

“Perjalanan pelabur juga dipermudahkan melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) di MIDA – pusat sehenti di mana pelabur boleh menyelesaikan pelbagai urusan secara terus dengan pihak berkuasa seperti Kastam, Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Buruh,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat