31 pegawai, anggota polis KL kena buang kerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Seramai 31 anggota dan pegawai polis di bandar raya Kuala Lumpur dibuang kerja atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 41 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sentiasalah menjalankan tugas dengan berintegriti kerana integriti bukan sahaja mencerminkan imej seseorang pegawai dan anggota polis, malah ia melambangkan identiti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita petugas barisan hadapan untuk berhadapan masyarakat, jadi sangat penting bagi pegawai dan anggota untuk meningkatkan disiplin, melaksanakan tugas mengikut prosedur operasi standard (SOP),” lapor BH pada Rabu.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini, Allaudeen berkata, beliau secara umumnya berpuas hati dengan prestasi kerja anggota dan pegawainya sepanjang tahun ini.

“Rata-rata berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan ke atas mereka,” katanya.

Katanya, seramai 93 anggota dinaikkan pangkat daripada koperal kepada sarjan, manakala 34 anggota dinaikkan menjadi sarjan mejar.

“Kenaikan pangkat bukanlah suatu kemegahan, sebaliknya amanah dan tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Justeru, pikullah amanah dan tanggungjawab ini sepenuh hati dan berkhidmatlah dengan profesional serta integriti yang tinggi setiap masa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat