Rashid Hussain pengasas RHB dilantik pengerusi TH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Rashid Hussain, tokoh perniagaan dan pengasas kumpulan perbankan terkemuka RHB, dilantik sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mohktar, berkata Rashid dilantik bagi menggantikan Tan Sri bAzman Mokhtar.

“Sesungguhnya pengalaman luas sebagai seorang tokoh korporat amat berharga dalam meneruskan kecemerlangan TH sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia di samping membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dan terus berjalan,” lapor Bernama.

Rashid, yang kini merupakan Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa, pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Bhd dari 1994 hingga 1998 dan Pengerusi Putrajaya Holdings (1995 hingga 2000).

Beliau turut diangkat sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M atas sumbangan kepada negara dan masyarakat

Rashid juga adalah antara enam ahli Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH yang dilantik Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Selain itu, Na’im berkata laporan RCI Bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi Lembaga Tabung Haji Dari Tahun 2014 hingga 2020 telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan.

Na’im turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Azman atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik dalam memimpin Lembaga Pengarah TH dan warga TH.
[11:43 AM, 12/20/2023] Jane SuaraTV: Semua kapal Israel dilarang berlabuh di pelabuhan Malaysia – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri menegaskan, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuatkuasa serta-merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia.

Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

Namun,kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu, kata Anwar.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh
di negara ini.

“Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo
di pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta, ” katanya.

Pun begitu ujar beliau, Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat