“Kami tak tinggalkan, lompat parti”- 6 MP Bersatu sokong Anwar yakin tak perlu kosongkan kerusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen yang dilucut keahliannya daripada Bersatu belum memuktamadkan keputusan untuk mempertahankan kerusi disandang mereka, jika pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan kelak.

Bercakap pada sidang media di Parlimen hari ini, mereka menjelaskan ketetapan itu dibuat selepas keenam-enam wakil rakyat itu yakin kerusi masing-masing tidak akan dikosongkan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman yang bertindak sebagai jurucakap berkata, ini mengambil kira tindakan enam wakil rakyat berkenaan yang tidak pernah meninggalkan atau berhenti menjadi ahli Bersatu.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka dipecat daripada Bersatu dan nama mereka dibuang daripada sistem keahlian parti berkenaan.

“Ini jelas membuktikan tiada unsur kami meninggalkan Bersatu atau melompat ke parti lain yang boleh meletakkan kami di Perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan kerusi tidak akan berlaku memandangkan pindaan perlembagaan Bersatu hanya diluluskan pada 1 April lalu, selepas kami membuat keputusan menyokong Kerajaan Madani diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami beranggapan, Perlembagaan Bersatu yang dipinda dengan niat jahat untuk memastikan kami dijadikan kambing hitam atau dianiaya hanya kerana memilih rakyat berbanding terus menyokong pucuk pimpinan (Bersatu),” katanya memetik BH di Dewan Rakyat pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat