Siapa penunggang agama? Soal Shahidan Kassim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — ‘Siapa penunggang agama? Kenapa agama ni kuda ke boleh ditunggang tunggang?, soal Datuk Seri Shahidan Kasim berkenaan sidang akhbar Perdana Menteri di Lima, Peru.

Beliau berkata adalah tidak wajar apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengkritiknya sebagai ‘penunggang agam’ ketika menjawab kritikan temu bualnya baru-baru ini bersama wartawan CNN, Richard Quest yang menyentuh tentang kewujudan negara Israel.

“Kalau saya yang cakap dia kata saya penunggang agama, apa sebab saya pakai songkok saya penunggang agama?

“Yang kamu tu agama apa? Main tuduh tuduh penunggang agama. Penunggang agama apa? Kita buat apa?

“Cakap sikit bertempik penunggang agama,” katanya semasa sidang media di Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, beliau akan menunggu jawapan Perdana Menteri berikutan isu tersebut semasa Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat esok.

“Soalan tu dia suruh tanya pasal kenyataan berikutan pewujudan negara Israel esok dia (Anwar Ibrahim) akan jawab.

“Kami bersedia untuk berkerja bersama dengan cara elok. Lepastu kata kami penunggang agama. Saya dah naik geram. Mana boleh buat tuduhan begitu.

“Hentikan lah tuduhan itu kami menggerakkan agama salah kah kami berjuang.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel, menyifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan memperbodoh rakyat.

Ketika menjelaskan pendirian Malaysia, Anwar menegaskan bahawa negara ini tidak mengiktiraf Israel secara ‘de jure’, meskipun keberadaan negara itu di peringkat antarabangsa adalah fakta ‘de facto’.

Beliau turut menegaskan bahawa semasa berada di Riyadh, beliau mengusulkan agar Israel disingkirkan dari keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), satu langkah yang mencerminkan pendirian tegas Malaysia terhadap dasar penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Sehubungan itu, Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat