Hishammudin tolak kerjasama dengan Pakatan Harapan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bendahari Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein tampil sebagai Ahli Parlimen BN yang pertama menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau membuat hantaran di Facebook pada jam 3.20 pagi, setengah jam selepas laporan SuaraTV menyatakan terdapat cubaan pimpinan tertinggi UMNO untuk mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Menurut Hishammuddin, perkara  paling penting ialah negara dan rakyat memerlukan Kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan.

“Rakyat telah membuat pilihan mereka dalam #PRU15, dan ia harus kita hormati serta insafi.

“Jelas – tiada satu parti pun berupaya membentuk Kerajaan. Parlimen kini tergantung.

”Yang paling penting – Negara dan Rakyat memerlukan Kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan. Ini sebabnya kita mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

“Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi, dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan.” ujarnya menerusi catatan Facebooknya, sebentar tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat