Pemuda UMNO desak Zahid dan Tok Mat berundur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja mendesak Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mengambil tanggung jawab atas kekalahan memalukan Barisan Nasional dan meletak jawatan.

Menurut Ketuanya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad, Pemuda UMNO merasa amat kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah teruk di peringkat Parlimen dengan hanya mendapat 30 kerusi. BN juga tewas di Dewan Undangan Negeri Perlis, Perak dan Pahang.

“Kekalahan ini sebahagian besarnya disebabkan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membelakangkan parti dalam proses pemberian watikah calon. Presiden juga gagal memahami kehendak pengundi sehingga mengelirukan ahli seolah-olah parti akan menang besar jika Pilihan Raya Umum diadakan pada tahun ini,” tegas Sheikh Weshal dalam kenyataan medianya.

“Justeru, Pemuda Umno Bahagian Kota Raja menyeru Datuk Seri Ahmad Zahid agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini dan meletak jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak apabila parti kalah dalam PRU-14.”

Kenyataan media itu turut menggesa agar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mengotakan janji beliau untuk meletak jawatan sekiranya Barisan Nasional gagal memenangi pilihan raya kali ini.

Menurut Weshal lagi, sudah tiba masanya sebarang perundingan UMNO dengan parti lain dijalankan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang lebih terbuka, tenang dan bertindak atas kepentingan parti bukan peribadi.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat