KUALA LUMPUR – Umno hanya dapat direformasi sekiranya Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada terus mengemudi parti.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, sebagai panglima besar Zahid harus segera berundur kerana kegagalan strateginya telah mengakibatkan ramai wakil rakyat kalah tersungkur pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Apabila kalah dalam peperangan, panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab.
“Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.
“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi Umno tidak boleh ditangguh lagi,” tegas Khairy.
Majoriti pimpinan Umno setiap peringkat hari ini secara agresif menuntut Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).