MP BN Langgar Arahan Parti Perlu Lepas Keahlian Dan Kerusi Parlimen, Tegas Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan
mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen.

Katanya, ketetapan itu selaras
dengan undang-undang larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti
yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Zahid mengingatkan kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 bahawa telah menandatangani aku janji dan memberi mandat kepada beliau selaku Presiden Umno untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

Zahid menegaskan demikian merujuk kepada kenyataan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg katanya, BN
tidak pernah sama sekali berunding dengan
Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan
kerajaan bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Saya juga ingin memaklumkan, tiada sebarang perundingan dengan PN setakat
ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk
membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

Terdahulu, GPS dilaporkan bersetuju membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat.

Pengerusi GPS itu berkata, GPS telah mengambil keputusan dan tindakan tersebut diambil demi untuk mengukuh dan menstabilkan negara dan kesejahteraan rakyat.

Justeru katanya, GPS bersetuju membentuk gabungan (coalition) PN, BN, GPS dan GRS bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat berasaskan tiga ketetapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat