Muhyiddin yakin dapat jadi PM lagi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Muhyiddin Yassin yakin akan mendapat sokongan yang cukup untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau kini mendapat sokongan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa anggota parlimen lain.

GPS petang ini mengumumkan sokongannya pada Muhyiddin.

“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PN bagaimanapun tidak akan dapat membentuk kerajaan tanpa sokongan BN yang mempunyai 30 daripada 222 kerusi parlimen.

BN awal pagi tadi menyatakan kesediaannya mengetepikan perbezaan dan bekerjasama dengan parti dari Sabah dan Sarawak.

Difahamkan juga, seramai 20 ahli Parlimen Barisan Nasional BN yang menang PRU-15 menyatakan kesediaan untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang bakal mengangkat sumpah esok, Isnin 21 November.

Sumber memberitahu Suara.TV bahawa 20 daripada 30 ahli Parlimen BN yang menang itu sedia untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Presiden Bersatu itu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan pasca PRU-15.

Difahamkan tindakan 20 ahli Parlimen BN berkenaan bertindak sedemikian kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang giat mengatur gerak dalam rundingan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikemudi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat