Gabungan parti politik mesti kemuka nama PM sebelum 2 petang Isnin – Agong

- Advertisement -

KUANTAN- Tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Susulan itu Yang di-Pertuan Agong, Al -Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah meminta kerjasama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memohon kepada ketua parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti politik yang telah dipersetujui antara parti-parti politik/gabungan parti politik berkenaan bagi pembentukan kerajaan baru pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik tersebut akan diminta oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan mengenai gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui masing-masing serta menamakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat berikutan gabungan parti-parti politik tersebut untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang, pada Isnin, 21 November 2022,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan pada Ahad.

Jelas beliau ia selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan serta adalah dimuktamadkan juga bahawa titah perkenan dan keputusan Seri Paduka Baginda berkenaan pembentukan kerajaan baru dan pelantikan nama Perdana Menteri menerusi proses yang telaj dijelaskan adalah muktamad.

“Seri Paduka Baginda menasihati rakyat dan ketua parti-parti politik akur dan menghormati proses demokrasi serta menerima keputusan PRU15 dengan tenang serta berlapang dada demi menjaga keutuhan negara kerana negara ini umpama harta pusaka di mana pemimpinnya adalah pemegang amanah.

“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan berintegriti untuk menjaga kemaslahatan rakyat dan memacu agenda kesejahteraan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah mengajak rakyat untuk bersama berdoa semoga proses pembentukan kerajaan baru ini dipemudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan dan kemakmuran negara.

Juga baginda berharap agar Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

Istana Negara telah menerima keputusan rasmi PRU15 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 1.15 petang Ahad yang jelas tiada parti politik berjaya membentuk kerajaan baru.

Pada PRU15 semalam, keputusan adalah seperti berikut iaitu Perikatan Nasional (PN)- 51; PAS – 22; Barisan Nasional (BN) – 30; Pakatan Harapan (PH)-76; Gabungan Parti Sarawak (GPS)- 22; Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- 6; Warisan -3; Bebas – 2; MUDA -1; PBM- 1 dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)- 1.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat