Noh pula letak jawatan, desak Zahid berundur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar hari ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Hubungan UMNO negeri Selangor.

Bercakap kepada pemberita di lobi Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, peletakan jawatan itu dibuat selepas tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya dilantik oleh Presiden parti. Tetapi apabila presiden sudah hilang kepercayaan pada saya, saya juga dengan rasminya pun sudah hilang kepercayaan dengan Presiden.

“Maka saya dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi perhubungan negeri Selangor,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa agar Zahid meletakkan jawatannya sebagai Presiden dan pengerusi parti.

Terdahulu, gesaan sama dibuat Menteri Besar Johor, Onn Hafiz supaya Zahid melepaskan jawatannya selepas berlaku tsunami politik dalam kalangan orang Melayu yang menyaksikan BN tewas lebih 130 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan turut meletakkan jawatan dan menggesa perkara sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat