Kalau presiden letak jawatan, semua pun kena letak jawatan, kata Bung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden mempunyai pandangan berbeza tentang desakan peletakan jawatan terhadap Presiden UMNO.

Meskipun mengakui keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) merupakan yang paling buruk dalam sejarah BN, namun mendesak agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan bukanlah jalan penyelesaiannya.

Ini kerana, beliau memberitahu, segala keputusan melibatkan PRU-15 merupakan keputusan kolektif dan kesalahan tidak wajar diletakkan di bahu Presiden dan Pengerusi BN semata-mata.

“Ini adalah keputusan yang paling buruk dalam sejarah UMNO. Kita kena terima itu.

“Saya ingat itu tidak sampai ke tahap itu (Zahid patut letak jawatan). Sebab semua pemimpin UMNO patut bertanggungjawab sebab ini keputusan kolektif.

“Jadi, kalau patut letak jawatan, semualah. Bukan presiden sahaja. Semualah, termasuk saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO yang diadakan pada jam 12 tengah hari tadi.

Hari ini, terdapat beberapa pemimpin UMNO mendesak agar Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Pengerusi BN ekoran kekalahan mereka pada PRU-15.

Antara yang lantang menyuarakan perkara tersebut ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Shahril Hamdan, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat