Tindakan PM bawa Huawei ikut pintu belakang cabar ketelusan dan kewibawaan negara

- Advertisement -

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melibat Huawei dalam pelaksanaan 5G negara bukan sahaja menimbulkan syak wasangka landskap teknologi dan geopolitik tetapi juga menimbulkan kebimbangan mengenai komitmen kerajaan terhadap ketelusan.

Masayarakat perniagaan teknologi antarabangsa tertanya-tanya, bagaimana sebuah syarikat yang kalah dalam tender terbuka antarabangsa kini di bawa masuk melalui ‘pintu belakang’ oleh Perdana Menteri.

Lebih menimbulkan syak wasangka, pengumuman tersebut dilakukan dalam acara yang dianjurkan oleh Huawei tanpa sebarang perbincangan atau keputusan kabinet mahu pun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Syak wasangka terbesar sekarang terdapatnya lobi belakang tabir yang tidak telus dan penuh misteri kerana Huawei telah kalah dalam bida antarabangsa bagi pelaksanaan 5G negara.

Pengumuman ini juga bermakna kerajaan tidak menghormati keputusan tender terbuka antarabngasa dan menandakan penyingkiran dasar Rangkaian Borong Tunggal (SWN) asal, di mana Ericsson dari Sweden telah memperoleh hak untuk membina rangkaian untuk Digital Nasional Bhd (DNB) milik kerajaan.

*Ketelusan dalam Tadbir Urus: Janji dalam Bahaya?*

Ketika Ericsson memperoleh kontraknya melalui tender terbuka yang diakui telus oleh Jawatankuasa Parlimen, cara kontrak rangkaian kedua akan diberikan masih diselubungi kekaburan.

Keputusan yang telah ditetapkan untuk melibatkan Huawei, tanpa proses tender yang telus, menimbulkan persoalan tentang komitmen kerajaan terhadap janji tadbir urusnya tentang ketelusan.

Adakah Anwar mengetepikan ikrarnya memihak kepada pertimbangan geopolitik atau ekonomi?

*Cabaran Geopolitik Serantau*
Malaysia, seperti negara jirannya di Asia Tenggara, terperangkap dalam kancah pertarungan kuasa besar teknologi global, berusaha untuk mengekalkan keseimbangan yang halus.

Tampak ada tekanan jelas dari Beijing ke atas Putrajaya menggariskan ketegangan geopolitik Malaysia sedang berjalan.

Bagaimanapaun setelah sekian banyak kontrak pembinaan besar diberi kepada syarikat China sejak sedekad yang lalu, negara tersebut tidak seharusnya melihat kemenangan Ericsson sebagai satu sikap bias negara ini.

Menjadi ‘pak turut’ atau cuba mengambil hati China akan memberi implikasi ekonomi sukar untuk diabaikan.

Membina dua rangkaian 5G nasional sudah pasti akan menjadi urusan yang mahal, dengan beban yang mungkin ditanggung oleh pengguna akhir. Lebih membimbangkan, keputusan itu mengenepikan pertimbangan keselamatan yang penting, terutamanya memandangkan kebimbangan global tentang hubungan Huawei dengan kerajaan China.

Malah dengan ancaman China di Laut China Selatan sejak dua tahun kebelakangan ini, Malaysia tidak seharusnya terlalu terbuka dalam soal teknologi 5G China.
Walaupun penglibatan Huawei menjanjikan kemajuan teknologi, adalah penting untuk menimbang implikasi jangka panjang terhadap keuntungan jangka pendek.

Ketika Malaysia berada di persimpangan teknologi ini, keputusan yang dibuat hari ini, terutamanya yang menyimpang daripada janji ketelusan, akan membentuk landskap geopolitik dan teknologinya untuk tahun-tahun akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat