PRU15 Bukti BN Tak Gila Kuasa, Harap Rakyat Boleh Nilai Kaca dan Permata

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pembubaran Parlimen dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah bukti bahawa BN tidak gila kuasa.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selepas BN menguasai kerajaan, gabungan itu memutuskan untuk mengembalikan hak memilih kepada rakyat.

“Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menentukan tarikh keramat 19 November sebagai hari penentuan untuk negara. Ini adalah masa untuk mandat dikembalikan kepada rakyat semula.

“Pelik apabila masih ada tuduhan konon kita gila kuasa.

“Kalau kita gila kuasa, kita akan berebut jawatan PM sepertimana PH dahulu. Kalau kita gila kuasa, pasti kita isytihar darurat dan gantung Parlimen.

“Tapi kita kembalikan mandat ini kepada rakyat. Atas sebab kita sentiasa yakin bahawa rakyat kita adalah bijaksana dan boleh menilai kerajaan mana adalah kaca dan kerajaan mana pula adalah permata,”katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Jelas beliau, BN sentiasa konsisten dalam isu tersebut sejak berlakunya krisis kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada akhir Februari 2020.

Katanya, disebabkan tiada Perdana Menteri PM ketika itu, tiada pihak yang berhak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sekali gus tidak memenuhi Perkara 55 Perlembagaan.

“Inilah salah satu isu kenapa Parlimen tidak boleh dibubarkan pada ketika itu selain isu Covid-19. Ia menafikan tuduhan bahawa BN gilakan kuasa sehingga menggunakan pintu belakang untuk menjadi kerajaan.

“Begitu juga selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan, kita masih lagi meminta agar mandat ini dikembalikan. Namun rakusnya kuasa sesetengah orang sehingga menyebabkan darurat diisytiharkan,”katanya.

Beliau mendakwa, darurat ketika itu telah menjadi permulaan kepada kerajaan gagal.

“Apabila kuasa penuh yang diperoleh telah gagal diguna bagi menurunkan kesan wabak Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separuh masak sehingga rakyat terpaksa mengibar bendera putih, dasar-dasar yang lebih menguntungkan kapitalis dan kesilapan pentadbiran yang menggadaikan pendidikan anak-anak adalah bencana besar yang terpaksa rakyat kita hadapi,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat