PM Jadi Penaung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbesar hati bersetuju menjadi penaung Gabungan Persatuan- persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia.

Selaku penaung beliau akan sentiasa berjumpa dengan persatuan sekali gus akan terus membantu persatuan.

“Masyarakat penjaja, peniaga dan usahawan kecil amat dekat di hati saya. Saya pernah menjadi penjaja ketika sekolah rendah dengan menjual limau dan ikan di kaki lima dan Pekan Sehari Temerloh.

“Apa yang penjaja bangkitkan saya faham kerana saya sudah melaluinya. Apa yang penjaja minta saya akan luluskan, Insyaallah,” katanya di Fiesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka pada Khamis.

Mengimbas kisah sebelum ini, Ismail Sabri memberitahu sewaktu persatuan penjaja tidak diletak di bawah mana-mana kementerian, dari situlah sejarah tercipta.

“Seramai 10,000 penjaja hadir. Malam itu juga saya umumkan Persatuan Penjaja diletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pada masa itu saya menterinya, jadi sayalah bapa pertama Persatuan Penjaja.

“Sehubungan itu, suka saya mencadangkan supaya penjaja, peniaga dan usahawan kecil boleh turut serta untuk memiliki Kad Prihatin Penjaja dan Peniaga In2NIAGA ini bagi membolehkan peniaga dan juga membantu mereka menikmati kelebihan yang ditawarkan oleh platform In2NIAGA ini,” katanya.

Jelas Ismail Sabri, Inisiatif IN2NIAGA (Sebutan ‘In-Two-Niaga’) – satukerjasama antara Persatuan, PERKESO dan AEON bagi memastikan pengusaha dan pekerja dilindungi oleh insurans mampu milik melalui PERKESO dan menikmati kelebihan-kelebihan lain melalui kolaborasi strategikIN2NIAGA.

Sementara itu, ujar Perdana Menteri lagi sekiranya Kerajaan Keluarga Malaysia yang beliau pimpin mendapat semula mandat pada PRU15, antara perkara yang akan diteruskan adalah geran one-off sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) berdaftar dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 bilion

“Selain itu, program SemarakNiaga 2023 akan ditambah baik dengan nilai keseluruhan beriumlah RM45 bilion berbanding RM40 bilion yang diumumkan bagi tahun 2022 merangkumi pinjaman langsung, pembiayaan alternatif dan jaminan pembiayaan.

“Sejumlah RM1.7 bilion daripadanya tersedia sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil seperti pinjaman mikro BSN dengan ketersediaan dana RM950 juta. Ini termasuk RM350 juta untuk Skim Penjaja Kecil Keluarga Malaysia dengan RM150 juta dikhususkan untuk peniaga Bumiputera.
Dua, Skim pinjaman kepada pengusaha kecil di bawah TEKUN khusus untuk Bumiputera, wanita, belia dan sektor tidak formal dengan peruntukan RM300 juta.

“Saya berharap Bajet 2023, khususnya yang memanfaatkan golongan penjaja dan peniaga kecil dapat dilaksanakan selepas PRU-15 nanti, sekiranya saya diberi peluang sekali lagi untuk mengetuai negara,” seru beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat