Malaysia Airlines Tawar Diskaun 20 Peratus Sempena Kempen ‘Jom Balik Mengundi’

- Advertisement -

SEPANG – Susulan pengumuman Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Malaysia Airlines melancarkan kempen ‘Jom Balik Mengundi’, menawarkan diskaun 20 peratus tambang bagi memudahkan pergerakan pengundi melalui pengangkutan udara.

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini hingga 19 November 2022, bagi perjalanan dari 11 hingga 27 November 2022.

Syarikat penerbangan itu juga akan menambah 26 penerbangan dan menaik taraf 16 perkhidmatan domestik kepada pesawat badan lebar A330 bagi menampung lonjakan permintaan ke beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Promosi 20 peratus diskaun itu juga terpakai untuk semua kategori tambang merangkumi Lite, Basic and Flex bagi Kelas Ekonomi selain Basic dan Flex bagi Kelas Perniagaan serta tersedia untuk tempahan melalui

Sementara itu, Firefly Airlines akan menambah sehingga 70 penerbangan dari Subang dan Pulau Pinang ke laluan domestik terpilih mulai 17 hingga 20 November 2022 dengan diskaun tambang masing-masing 24 peratus dan 10 peratus bagi penerbangan jet dan ATR.

Promosi itu dibuka untuk tempahan mulai hari ini hingga 24 Oktober 2022 bagi perjalanan dari 1 November hingga 30 Jun 2023.

Pelanggan MASwings yang mengembara dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu boleh menempah penerbangan bermula RM135 sehala tambang semua dalam satu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group, Kapten Izham Ismail, berkata sebagai syarikat penerbangan nasional, menyokong pergerakan PRU15 bagi mereka yang kembali ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungawab adalah sebahagian daripada komitmen negara.

“Sehubungan itu, semua syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group berbesar hati untuk menambah kapasiti untuk sebahagian sektor, jika perlu.

“Kami bersedia untuk memenuhi peningkatan perjalanan dengan menawarkan sambungan yang lancar dan memastikan tahap keselamatan tertinggi pelanggan sepanjang perjalanan mereka bersama kami.

“Pelanggan digalakkan untuk mengambil peluang daripada promosi dan menempah penerbangan mereka dengan awal, bagi mendapatkan tawaran terbaik Malaysia Airlines, Firefly atau MASwings,” katanya dalam satu kenyataan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat