Orang Kedah tak mahu dah kat BN, kata Sanusi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, BN boleh mensasarkan seberapa banyak kerusi yang dimahukan.

Namun, katanya, BN perlu menerima realiti bahawa rakyat Kedah menolak parti berkenaan. .

“BN boleh sasarkan berapa saja kerusi depa nak menang.

“Tapi, kena hadapi realiti orang Kedah yang tak mahu dah kat BN,” katanya lapor Malaysiakini.

Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN sasar 10 kerusi parlimen di Kedah yang kini di bawah pemerintahan PAS.

Terdahulu, Zahid memberitahu bahawa BN akan mewujudkan pasukan khas untuk 10 kawasan parlimen itu, bagi memastikan sasaran untuk memenangi kerusi berkenaan boleh dicapai.

Ditanya sama ada sasaran itu mampu dicapai memandangkan BN sebelum ini hanya menang dua kerusi parlimen, Zahid berkata ia bukan sasaran yang berlebih-lebih tetapi merupakan cita-cita yang amat wajar.

Sementara itu, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata sasaran Zahid itu berbeza dengan UMNO negeri Kedah.

“Zahid yang duduk di Kuala Lumpur kata sasaran 10 parlimen. Timbalan pengerusi UMNO Kedah (Datuk Othman Aziz) yang duduk di Kedah kata lapan parlimen sahaja.

“Nampak tak, tahap keyakinan yang asli dan yang angan-angan,” kata Sanusi lagi.

Dilaporkan, Othman baru-baru ini berkata bahawa BN Kedah sasar lapan kerusi parlimen pada PRU-15 nanti. Pada PRU-14 yang lalu, UMNO hanya menang dua kerusi parlimen di negeri itu iaitu di Baling dan Padang Terap.

Sementara PAS menang tiga kerusi parlimen masing-masing Pendang, Jerai dan Sik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat