Keyakinan pelabur melonjak selepas Ismail Sabri diumum kekal calon PM lepas PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penegasan berulang bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah melonjakkan keyakinan pelabur.

Bursa Malaysia dilaporkan melonjak melebihi 1,400 mata selepas Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulang penegasan bahawa Ismail Sabri kekal sebagai poster boy sekali gus calon Perdan Menteri selepas PRU15.

Jumlah dagangan di Bursa Malaysia meningkat dan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,400 mata sejak empat hari lalu selepas Zahid mengulangi penegasan tersebut ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Bagan Datuk pada 16 Oktober 2022.

Momentum tersebut dijangka terus meningkat dengan didorong oleh pelbagai faktor.

Salah satu faktor utama ialah peningkatan prestasi Bursa Malaysia ialah keyakinan pelabur terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri yang membawa kestabilan kepada negara ini.

Selain itu, mereka turut yakin dengan pengalaman yang dimiliki oleh pimpinan BN mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada Malaysia.

Bursa Malaysia jatuh di bawah 1,300 mata pada 22 September lalu disebabkan pelbagai faktor khususnya ketidaktentuan politik dan kebimbingan kemelesetan ekonomi global pada tahun depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat