Zalif Sidek nikah 26 Februari 2022

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Zalif Sidek bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Anis Marzuki, 24, pada 26 Februari tahun depan.

Zalif, 36, berkata, dia dan bakal isteri sedang giat membuat persiapan kahwin.

“Syukur alhamdlulillah saya dan bakal isteri kini sedang giat buat persiapan majlis kahwin yang masih berbaki empat bulan lagi. Ikutkan perancangan pihak saya nak hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa ditunda kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 selain tak boleh nak rentas negeri.

“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah,” katanya.

Zalif berkata, persiapan menuju hari bahagia mereka sudah pun melebihi 50 peratus.

“Jujurnya, tiada apa-apa maksud istimewa di sebalik tarikh ini. Cumanya tarikh ini dirasakan waktu paling sesuai untuk kedua keluarga kami bertemu dan saling berkenalan. Selain itu ada juga di antara keluarga saya yang belum berkesempatan untuk bertemu ketika bapa meninggal dunia Januari lalu. Inilah masanya kembali rapatkan silaturrahim.

“Dari segi persiapan sudah lebih 50 peratus. Apabila sudah tempah dewan, tak perlu lagi nak fikirkan soal pelamin apa semua kerana semuanya sudah disediakan. Tinggal lagi nak cari baju kahwin dan cukupkan hantaran,” katanya.

Sementara itu, Zalif yang turut terbabit bersama pasukan produksi penerbitan, Dream At Work Sdn Bhd berkata, dia dan pasangan memilih untuk melangsungkan majlis secara sederhana.

“Awalnya memang ada rancang untuk anjur majlis dengan lebih meriah, tapi bila mengenangkan fasa pandemik ini, kami pilih untuk bersederhana sahaja. Kalau nak diikutkan pun, saya okay saja kalau perlu nikah dulu, majlis kemudian.

“Malah sebelum ini pun ada juga rakan artis yang bernikah secara dalam talian atas sebab tertentu. Saya tak kisah cuma kami pun perlu hormati permintaan kedua belah keluarga. Tak boleh nak pentingkan diri-sendiri juga,” katanya lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat