Rock malar segar D’Otaiboyz

- Advertisement -

Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukan sesebuah kumpulan. Jika tidak kena caranya, ia hanya dapat bertahan sementara sebelum dibubarkan atau terus berkubur.

Justeru, situasi ini turut dilalui kumpulan indie dikenali sebagai D’OtaiBoyz yang dianggotai enam pemuda yang ditubuhkan pada 2007.

Kumpulan dari Singapura yang dibarisi Boy Botak (vokalis utama), Nazry (gitar utama), Dzoul (gitar kedua), Khai (bass), Lee (drum) dan Man (keyboard) ini mulanya menggunakan nama The OtaiBoyz.

Bagaimanapun, mereka hanya dapat bertahan dalam masa singkat iaitu setahun saja.

Selepas selepas 14 tahun berlalu, kini mereka kembali bergabung semula sebagai projek berkumpulan dan bertukar nama kepada D’OtaiBoyz.

Man bekata, ketika 2007 mereka tidak keluarkan single dan bergerak dalam persembahan membawakan lagu ‘cover version’ pada acara jemputan majlis keramaian.

“Selepas pelbagai masalah yang dilalui dulu, membuatkan kami akhirnya mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan ini dan seterusnya ia terkubur.

“Namun, sekitar tahun lalu Boy Botak ada berbincang dengan saya mengatakan dia nak buat satu projek berkumpulan khas dan ingin kolaborasi dengan saya.

“Dia pun minta pendapat saya berkenaan nama band. Saya teringat, dulu saya pernah gunakan nama The OtaiBoyz dan ia kena dengan nama penyanyi sekarang,” katanya.

 

SINGLE baharu D’OtaiBoyz lebih ke arah genre balada rockestra.
SINGLE baharu D’OtaiBoyz lebih ke arah genre balada rockestra.

 

Menurut Man, nama terbabit dipilih kerana mahu mengetengahkan lagu ‘malar segar’ berentak rock kapak.

“Kami kini sudah menyiapkan single bertajuk Permata Ku yang berentak lebih ke arah genre balada rockestra.

“Sinopsis lagu ini mengisahkan pasangan yang hangat bercinta, tetapi berubah sekelip mata atas sebab tertentu, kemungkinan curang atau sakit.

“Apapun, terpulang pada pendengar untuk menilaikan sendiri maksud lagu ini,” katanya.

Biarpun bertapak di Singapura, salah seorang anggotanya iaitu Dzoul berasal dari Malaysia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat