Rafizi pesan Anwar jangan ambil jalan singkat terima geng lompat parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Janganlah ambil jalan singkat atas nama strategi,” itu pesan Rafizi Rmli kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu meminta Anwar tidak membuat keputusan terburu-buru dengan memilih wakil rakyat yang melompat parti sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini setelah Pakatan Harapan (PH) dilihat seolah-olah mengalu-alukan malah membuat ‘sambutan pahlawan’ketika kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Namun, bagi Rafizi , beliau menyifatkan PKR yang selama ini menolak wakil rakyat melompat parti, tidak seharusnya menerima golongan itu tanpa memikirkan kesannya.

“Pandangan saya, sebagai pengundi dan orang lama parti, menerima watak-watak yang dipandang serong oleh rakyat kerana tindakan tidak berprinsip mereka selama ini adalah satu kesilapan yang menghakis keyakinan rakyat,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Justeru, beliau berpendapat, keempat-empat wakil rakyat itu tidak sewajarnya menjadi sebahagian daripada strategi untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November nanti

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat