Tabung Haji Serah Zakat 81 Katil Tilt Elektronik Kepada KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini telah menerima penyerahan sumbangan korporat Keluarga Malaysia daripada Lembaga Tabung Haji (TH) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), di Putrajaya.

Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyumbang sejumlah 81 unit katil tilt elektronik bernilai RM2 juta bagi menambah keperluan katil ICU di hospital-hospital terpilih yang ditentukan oleh KKM di seluruh negara.

“Sumbangan TH ini adalah salah satu dari program zakat TH khusus untuk membantu meringankan tanggungan hospital-hospital seluruh Malaysia dalam usaha merawat para pesakit terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan golongan asnaf yang memerlukan.

“Pemberian katil dari TH bukan sahaja akan digunakan di unit-unit ICU di hospital seluruh negara tetapi juga di unit rawatan risiko tinggi (HDU – High Dependency Unit); kubikel akut serta wad-wad biasa yang amat penting dalam menguruskan kes-kes bukan COVID-19 dalam fasa endemik nanti yang tertangguh selama ini,” kata KKM dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan juga berkata untuk umat Islam di Malaysia yang bakal mengembara ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah mahupun haji boleh menggunakan ciri baharu MySejahtera untuk mendapatkan dos penggalak supaya perjalanan di tanah suci itu nanti berjalan dengan lancar dan selamat.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 2,
Datuk Aaron Ago Dagang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Mohd Shafiq Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, dan Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat