AMANAH pertaruh 8 atau 10 calon di Melaka – Asmuni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding lapan hingga 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Datuk Asmuni Awi, berkata jentera parti itu sudah bersedia berdepan pilihan raya bulan depan.

Memetik BH Katanya, jumlah itu bertambah berbanding enam kerusi daripada 28 kerusi dipertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kerusi sedia ada ditambah dengan kerusi lain, dijangka lapan hingga ke 10 kerusi,” katanya di Ipoh pada Rabu.

Asmuni berkata, jentera AMANAH sudah bersedia sebelum pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin lalu.

Katanya, petugas parti pelbagai peringkat akan ke Melaka untuk memastikan persiapan berjalan lancar.

“Kita tahu akan ada calon bertanding atas tiket Pakatan Harapan. Ini bermakna AMANAH akan bertanding di beberapa kerusi,” katanya.

SPR mengumumkan 20 November ini sebagai hari mengundi, manakala penamaan calon pada 8 November.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat