Pesawat Terbang Rendah Di Pasir Gudang Ada Latihan FPDA, Jangan Timbulkan Spekulasi – ATM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat di selatan Johor khususnya di Pasir Gudang dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan mengenai kehadiran pesawat milik tentera udara negara jiran yang terbang rendah sejak awal Oktober lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang memaklumkan, ia kerana latihan ketenteraan yang dikenali sebagai Eksesais BERSAMA GOLD 2021 telah dianjurkan bermula 8 hingga 18 Oktober 2021.

Jelas beliau, latihan yang dianjurkan oleh Malaysia itu adalah bersempena dengan sambutan 50 tahun Five Power Defence Arrangements (FPDA).

“Ia disertai oleh negara-negara anggota FPDA iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom bersempena Sambutan 50 Tahun FPDA serta terlibat di acara terbang lintas (fly-past) pada Khamis.

“Sepanjang latihan, semua pesawat tentera negara-negara anggota (FPDA) iaitu Australia, New Zealand dan United Kingdom telah ditempatkan di Singapura.

“Manakala pesawat kepunyaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beroperasi dari Pangkalan Udara di Malaysia.

“Ini menyebabkan peningkatan trafik udara di sekitar ruang udara negara khususnya di selatan Johor berhampiran Pasir Gudang,” katanya menerusi kenyataan media di sini, pada Rabu.

Jelas Affendi, penerbangan pesawat-pesawat ini juga telah mendapat kelulusan diplomatik bagi tujuan latihan tersebut dan kawasan ruang udara Pasir Gudang merupakan laluan penerbangan yang dibenarkan sewaktu latihan berkenaan berlangsung.

“Sehubungan itu, Angkatan Tentera Malaysia menyarankan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Johor terutamanya,” ujarnya lagi. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat