Lima Lelaki Termasuk Bekas Polis Ditahan Laku Jenayah Pemerasan

- Advertisement -

SABAK BERNAM – Kelicikan lima lelaki termasuk seorang bekas anggota polis menyamar pasukan keselamatan bagi melakukan pemerasan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) berakhir selepas diberkas di sebuah bank di pekan Sekinchan, baru-baru ini.

Kesemua suspek termasuk bekas anggota berpangkat Koperal berusia 21 hingga 43 tahun ditahan kira-kira pukul 8.30 malam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, modus operandi mereka adalah memasuki premis-premis bagi tujuan pemeriksaan SOP.

Katanya, kumpulan suspek itu didapat menyamar sebagai pasukan keselamatan bagi mengaburi dan menakutkan para peniaga.

Kejadian pertama berlaku 14 Oktober lalu terhadap seorang peniaga kedai runcit di Pekan Batu 39 di sini apabila didakwa ditarik ke dalam kedai sebelum suspek mengeluarkan gari serta memaklumkan kesalahan SOP mangsa itu.

“Dua suspek kemudian bertindak mengambil sejumlah wang dalam laci kaunter dan beredar daripada premis itu.

“Suspek juga melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa supaya membayar sejumlah wang” katanya di sini hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat