Khianat mandat rakyat punca DAP tolak Norhizam – Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP sekali lagi menegaskan pendirian menolak Datuk Norhizam Hassan Baktee bertanding dalam PRN Melaka sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan alasannya menolak Norhizam kerana telah mengkhianati mandat rakyat.

Selain itu kata Guan Eng, DAP Kebangsaan dan DAP negeri Melaka sebulat suara bersetuju untuk menggunakan logo Pakatan Harapan sebagai lambang perjuangan pilihan raya negeri kali ini, serta menyokong Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

“DAP juga menolak Norhizam Hassan Baktee yang telah mengkhianati mandat rakyat untuk bertanding dalam PRN sebagai calon PH.

“SPR harus memanggil semua parti politik tanpa memihak kepada parti pemerintah untuk bincang tentang SOP PRN agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil, bebas, berkecuali dan bersih serta selamat tanpa melumpuhkan perjalanan demokrasi dalam PRN ini,” kata Guan Eng pada Rabu.

Ujar beliau, biar rakyat buat keputusan tanpa dikongkong, diugut, difitnah atau disogok politik wang.

Tegasnya, rakyat Melaka berhak mendapat kerajaan yang mewakili dan menjaga semua tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

Menurut Guan Eng lagi, disebabkan pergolakan dalaman kerajaan negeri BN-PN Melaka dan tindakan salah Ketua Menteri menasihatkan Tuan Yang Terutama untuk bubar DUN, maka PH Melaka tiada pilihan selain mencabar keputusan tersebut di mahkamah dan pada masa yang sama menggerakkan jentera bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam PRN pada 20 November.

“Dalam masa sehari, selepas mesyuarat di ibu pejabat DAP Melaka, saya dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim bersama kepimpinan DAP Melaka telah menjelajah seluruh negeri Melaka dan melawat lebih 500 ahli-ahli akar umbi dalam 10 DUN di Paya Rumput, Pengkalan Batu, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Duyong, Ayer Keroh, Bemban, Gadek, dan Lendu untuk meninjau persiapan operasi kempen pilihan raya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat