Tak perlu kempen bersemuka di PRN Melaka jika sayangkan rakyat, MMA beritahu SPR, ahli politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesilapan dan kegagalan mengawal penularan COVID-19 seperti yang meledak di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak patut diulangi di Melaka,” tegas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai dalam kenyataan pada Rabu menghalang sebarang bentuk kempen ziarah rumah ke rumah, perhimpunan dan ceramah politik di PRN Melaka dengan mencadangkan kempen secara maya bagi mengekang merebaknya virus COVID-19.

Katanya saranan ini ditujukan khas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menghalang semua bentuk kempen fizikal di PRN Melaka memandangkan Malaysia masih lagi berperang dengan pandemik ini namun tidak menegah sekiranya kempen dijalankan secara dalam talian.

“MMA sangat mengesyorkan kempen politik secara tradisional yang membabitkan pertemuan bersemuka antara ahli-ahli politik dan pengundi tidak dilakukan kerana aktiviti sedemikian akan mengakibatkan kepada peningkatan kontak rapat dan penularan virus COVID-19 di negeri itu yang akhirnya akan menular ke seluruh negara memandangkan rentas negeri sudah dibenarkan.

“Jika ahli-ahli politik benar-benar mahu menawan hati rakyat, mereka patut buktikannya dengan memilih kaedah kempen yang selamat dengan tidak merisikokan rakyat,” kata Kar Chai.

Menurut beliau, sudah dua tahun orang ramai terbiasa mengamalkan norma baru dengan berkomunikasi di platform maya jadi apa salahnya jika kempen PRN Melaka juga dijalankan dengan kaedah sama.

Tegas Kar Chai lagi, meskipun kadar vaksinasi sudah melebihi 90 peratus namun, virus COVID-19 masih lagi menular di kalangan mereka yang telah divaksin apatah lagi kanak-kanak bawah 12 tahun masih belum menerima suntikan vaksin.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan varian-varian baru yang merebak membabitkan kontak rapat dalam tempoh berkempen PRN Melaka.

“Walaupun pihak berkuasa sudah tegaskan mahu ketatkan SOP, tetapi siapa akan bertanggungjawab jika kes mencanak akibat PRN Melaka? Soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat