Sebuah Sekolah Menengah Di Parit Buntar Ditutup

- Advertisement -

PARIT BUNTAR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Lope Nor Rashid di Tanjung Piandang, Parit Buntar ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat kes jangkitan wabak Covid-19 di situ.

Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata sekolah itu akan dibuka semula pada 27 Okt ini.

“Penutupan ini dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam notis pemakluman penutupan sekolah yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Perak hari ini.

Penutupan terbaharu itu menjadikan lima sekolah yang ditutup setakat ini di Perak disebabkan terdapat jangkitan wabak Covid-19 membabitkan guru dan pelajar.

Empat sekolah lain ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung yang ditutup tujuh hari sejak 14 Okt lepas selain SK Tanah Kebun di Parit Buntar dan SK Klebang Jaya serta SMK Aminuddin Baki, Chemor, kedua-duanya di Ipoh yang ditutup mulai semalam.

-BERNAMA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat