Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Rajinikanth Ikrar Bawa Kerajaan Bebas Rasuah

CHENNAI: Bintang filem terkemuka India, Rajinikanth mengumumkan secara rasmi untuk menyertai politik dan berikrar untuk membawa kerajaan 'bebas rasuah' ke negeri asalnya. Hero filem aksi...

Singapura Nafikan Laporan Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura,...

WHO Puji Janji-Janji Penubuhan Vaksin COVID-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan mampu mengubah nasib pandemik,...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...

CYBERJAYA – Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang munasabah kepada krisis politik negara pada masa kini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi pihak PBBM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Ahmad Maslan (Setiausaha Agung) bagi pihak UMNO, manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar.

Menurut sumber, pertemuan yang membincangkan isu surat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang Di Pertuan Agong dan tuntutan Biro Politik UMNO berakhir dalam keadaan tidak baik.

UMNO dan PBBM dikatakan saling menuduh antara satu sama lain sebagai mengkhianati kerjasama ini.

Pengumuman penangguhan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional(MN) semalam juga sangat misteri.

Mesyuarat tersebut antara lain dikatakan akan membincangkan penyertaan PBBM ke dalam MN diumumkan batal walaupun laporan Bernama menunjukkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dilihat tiba di Menara Dato Onn pada 8.15 malam. Idris dikatakan meninggalkan PWTC pada 11.05 malam.

Malahan kenyataan media bersama UMNO-PAS hari ini untuk mendaftar Muafakat Nasional secara rasmi menimbulkan persoalan sama ada mesyuarat semalam telah berlangsung tanpa membincangkan kedudukan PBBM dalam MN.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus

KUALA LUMPUR: Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...

Bubar DUN Sabah: Ketua Menteri, 32 Individu Fail Notis Penarikan Permohonan Merayu

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan 32 individu lain menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar...