AmanahRaya Trustees Berhad salur lebih RM1 juta zakat bantu asnaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — AmanahRaya Trustees Berhad (ART) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 berjumlah lebih RM1 juta kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Pengerusi ART, Dato’ Professor Dr. Noor Inayah Ya’akub berkata, agihan zakat ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dimana keuntungan pendapatan yang diperoleh dapat dikongsi dengan golongan yang memerlukan.

“Adalah diharapkan agar bantuan kewangan tersebut dapat meringankan beban, membantu memperbaiki dan mempertingkatkan kesejahteraan golongan asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan.

“ART telah mencatatkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2023 dengan peningkatan keuntungan lebih 21 peratus berbanding tahun 2022,” katanya dalam ucapan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan, di sini hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ART, Zainudin Suhaimi dan disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Penyerahan tersebut disaksikan juga oleh Pengerusi Amanah Raya Berhad, Tan Sri Idrus Harun diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Pengerusi ART, Dato’ Professor Dr. Noor Inayah Ya’akub.

Untuk rekod, ART merupakan anak syarikat milik penuh Amanah Raya Berhad yang telah diperbadankan pada 2007 sebagai Peramanahan Korporat utama di Malaysia.

Ia berperanan sebagai Pemegang Amanah kepada Skim Pelaburan Kolektif, Bon Korporat dan Skim Persaraan Swasta yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat