Tarik Sokongan Terhadap PM Kalau Anak Jantan, Cabar Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Pemuda UMNO hari ini membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kenyataan bekas perdana menteri itu yang mengkritik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataannya di Facebook, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Muhyiddin supaya mengarahkan semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang berada dalam kerajaan agar menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Asyraf berkata, Muhyiddin yang merupakan pengerusi PN perlu bertindak sebagai anak jantan dan tidak hanya pandai menggertak kerajaan.

“Jika Muhyiddin meyakini kerajaan hari ini gagal urus ekonomi dan perlu adakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, maka jangan hanya menyalak dan menggertak, buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan untuk segera arah anak-anak buah Tan Sri dalam Kerajaan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

“Kalau berani tekan butang sekarang,” cabar Asyraf.

Semalam, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan mengkritik Ismail dengan mendakwa Ahli Parlimen Bera itu gagal sebagai Perdana Menteri kerana tidak dapat menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

Selain itu, mengulas lanjut, Asyraf menjelaskan keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik berbanding ketika pentadbiran Muhyiddin yang melaksanakan ‘Lock Down’ separa masak paling lama dan menggantung Parlimen sewenangnya beberapa bulan.

“Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi? Siapa Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri MITI? Siapa Menteri Perancang Ekonomi (EPU)? Dan siapa Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi? Bukankah semuanya termasuk Tan Sri daripada parti BUNGA? Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?

“Apakah selepas Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Abdul Aziz) isytihar menyertai Barisan Nasional (BN), maka Menteri Kewangan lantikan Tan Sri bahkan disyaratkan oleh Tan Sri sendiri untuk dikekalkan sebagai Menteri Kewangan zaman Ismail Sabri terus diisytiharkan gagal juga?” soal Asyraf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat