Elaun Pelajar Tajaan PETRONAS Dinaikkan -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PETRONAS menaikkan elaun pelajar di bawah tajaannya melibatkan 2,267 penerima berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan itu melibatkan dua kategori iaitu elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500
untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.

Bagi kategori kedua pula, Perdana Menteri mengumumkan, pelajar yang baru menerima penajaan Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2022 elaun induksi (Onboarding Allowance) akan dinaikkan daripada RM 4,500 kepada RM 5,000.

“Kenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar,” katanya di majlis penyampaian anugerah PESP di Kuala Lumpur pada Selasa.

Ismail Sabri menghargai usaha baik PETRONAS dan berharap tajaan ini dapat mendorong pelajar mengorak melangkah lebih jauh untuk menggapai cita-cita dan pulang dengan kejayaan serta seterusnya menabur bakti kepada industri dan negara tercinta.

“Saya ingin mengingatkan penerima PESP agar tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh PETRONAS dengan mencipta kecemerlangan dan kembali menyumbang kepada negara,” seru beliau.

Perdana Menteri juga memaklumkan PETRONAS telah menjadi penyokong kuat kepada usaha kerajaan memperkasa bidang sains, teknologi, dan inovasi (STI) sebagai pemboleh daya kepada pemantapan sosioekonomi negara.

Malah katanya, syarikat gergasi petroleum negara ini juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) bermula dari sekolah rendah.

“Saya memandang serius tentang bilangan pelajar dalam bidang STEM yang kini berada pada kadar 47 peratus dan Sains Tulen pada 19 peratus dengan meneliti Hala Tuju STEM sebagai persediaan rapi mengharungi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

“Kita harus memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang STEM untuk terus kekal mampan dan berdaya saing di peringkat global,” tegas beliau.

Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada PETRONAS kerana terus komited menjayakan Program PESP yang kini memasuki tahun ke-47 selepas dilaksanakan sejak tahun 1975.

Menurut beliau program ini telah terbukti membantu pelajar-pelajar kita yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Program PESP telah melahirkan dan seterusnya menyediakan tenaga kerja profesional, mahir dan berketerampilan dalam kalangan generasi muda khususnya bagi mencapai sasaran Negara Maju Berpendapatan Tinggi seperti mana yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat