Parti Dalam Kerajaan Perlu Perkukuh Kerjasama Untuk Hadapi PRU-15: PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pas menyeru parti-parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan ketika ini untuk meneruskan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut Setiausahanya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Pas kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta’awun (rakan kerjasama) sekaligus tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh dalam PRU15.

Katanya, Pas optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik di antara parti-parti utama Melayu-Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru dalam PRU15 nanti.

Takiyuddin turut menegaskan, musuh sebenar Penyatuan Ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk ‘Khemah Besar’.

“Agenda Penyatuan Ummah dan Perpaduan Nasional di antara orang Melayu-Islam, kaum Bumiputra dan rakyat pelbagai kaum di negara ini hanya dapat dicapai sekiranya kestabilan politik dapat diwujudkan selepas PRU15.

“Pas seterusnya yakin gabungan atas konsep Penyatuan Ummah dan Perpaduan Nasional sahajalah mampu menjadi formula terbaik dan berkesan serta diterima oleh majoriti pengundi ke arah mewujudkan sebuah Kerajaan Prihatin Rakyat.

“Ini dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat di samping pada masa yang sama memberikan perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kerjasama parti-parti dalam kerajaan bukan sahaja dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua rakyat merentasi kaum, agama, bangsa dan budaya.

“Tetapi juga mengelakkan berulangnya sejarah hitam yang berlaku semasa PRU14,” ujarnya.

-ASTRO AWANI

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat