Malaysia- UAE Sepakat Bertukar Latihan Pegawai Tentera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersepakat meningkatkan pertukaran dan latihan pegawai ketenteraan antara kedua-dua angkatan tentera.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, latihan dua hala bersama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera UAE akan tertumpu di kawasan darat khususnya melibatkan Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Darat UAE.

“Kesepakatan lain yang dicapai antara pertahanan Malaysia dan UAE ialah meningkatkan penglibatan antara ketenteraan (military to military) di peringkat tertinggi. Ia turut dipersetujui Panglima ATM dan Ketua Staf Angkatan Tentera UAE.

“Juga kerjasama rapat dalam industri pertahanan terutama berhubung Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) Malaysia,” kata Hishammuddin dalam kenyataan pada Selasa.

Hishammuddin memaklumkan beliau disambut penuh istiadat dengan kawalan kehormat oleh Angkatan Tentera UAE sebelum mengadakan Mesyuarat Dua Hala bersama Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan, TYT Mohammed Ahmed Al Bowardi.

“Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dalam suasana yang benar-benar menggambarkan keakraban Menteri dan Angkatan Tentera sekaligus membawa kepada beberapa kesepakatan penting,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat