YBR peruntuk 30 ribu ringgit bantu pelajar di Putatan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan berjumlah RM30,000 kepada 300 pelajar dalam kalangan murid B40 dan asnaf yang kurang berkemampuan di Parlimen Putatan.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Jefferey Nor Mohamed berkata, melalui inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa dalam mengharungi pasca pandemik Covid-19 yang telah melanda negara.

“Diharapkan melalui inisiatif seperti ini, ia dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik dan ekonomi yang melanda seluruh negara.

“Misi YBR adalah membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pendalaman dan miskin bandar,” katanya dalam satu kenyataan di Balairaya Kampung Tanjung Aru Lama hari ini.

Beliau berharap inisiatif bantuan pendidikan yang dilakukan oleh YBR ini menjadi pendorong kepada organisasi-organisasi lain untuk turut sama membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

“Komitmen ini terbukti oleh skala program penajaan YBR sehingga 1 Januari 2022, YBR telah menaja lebih daripada 5,964 pelajar dengan jumlah keseluruhan tajaan melebihi RM 165 juta bagi meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi.

“YBR berdedikasi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar melalui strategi yang inovatif, boleh diubah suai dan berasaskan bukti bagi menyiap sediakan mereka supaya dapat berkembang maju dalam pelajaran, kerjaya, dan kehidupan dewasa.

“YBR bercita-cita mewujudkan sebuah pembelajaran yang untuk dunia baharu, tempat di mana pelajar dan ibu bapa, guru dan pentadbir, penggubal dasar serta masyarakat diperkasakan untuk mengubah pendidikan ke arah yang lebih baik, tempat di mana sekolah menyediakan pembelajaran berteraskan projek yang lebih rapi, pembelajaran sosial-emosi serta akses kepada teknologi baru, tempat di mana inovasi ialah satu peraturan bukannya pengecualian, tempat di mana pelajar menjadi penuntut ilmu sepanjang hayat di samping membangunkan kemahiran abad ke-21,” katanya.

Setakat ini, bagi sesi akademik persekolahan 2022/2023 seramai 26,502 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.0 juta.

Turut hadir dalam sesi penyerahan ini adalah Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Turut bersama ialah Pemimpin Pemaju Masyarakat N22 Tg Aru, Mohamad Ridhuan Dato Aklee.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat