Perspektif baharu Saiful Nizam

- Advertisement -

RAMAI berpendapat apabila seseorang penggiat industri seni tidak lagi berada di hadapan kamera, dia sukar mengekalkan kredibiliti yang pernah dibina.

Sebaliknya, tidak bagi bekas pembaca berita TV3 dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Saiful Nizam Ismail yang kerjaya yang pernah dibina lebih 15 tahun lalu semakin mekar.

Walaupun tidak lagi bergelar personaliti TV, Saiful Nizam berjaya meletakkan dirinya di liga berbeza sekali gus terus diberi kepercayaan dalam mengendalikan acara besar sebagai hos membabitkan agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

–– ADVERTISEMENT ––

Dalam erti kata lain, aura dan mutu suara dimiliki Saiful Nizam begitu bernilai sehingga menjadi rebutan ramai terutama dalam kalangan kelas atasan dan ternama.

“Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki. Apabila saya mengambil keputusan berehat dari TV3 dan dalam erti kata lain, kaca TV, saya reda dan tawakal. Pada awalnya agak bimbang juga memikirkan masa depan apatah lagi perlu menyara keluarga.

“Namun, saya percaya dan yakin pada diri. Saya hanya ikut aturan ditetapkan dan buat saja apa dirasakan perlu. Saya fikir, kalau tidak berubah atau keluar dari zon selesa, bila lagi? Mungkin orang beranggapan ia tindakan yang ‘berani mati’, tapi saya tetap nekad.

 

 

“Berbekalkan pengalaman dimiliki, saya bina jenama sendiri. Alhamdulillah, kerjaya yang dibina sebelum ini ternyata memberikan ruang dan peluang untuk saya bergerak sendiri tanpa perlu terikat dengan mana-mana pihak. Sejak itu saya terus optimis yang saya sudah membuat keputusan tepat,” katanya.

Enggan mendabik dada, Saiful Nizam berkata, kebanyakan tawaran kerja diterima berjaya membuatkan dirinya lebih dihormati dan disegani.

Namun, dek kredibiliti dan kurangnya pengacara muda, penampilan Saiful menerusi beberapa bual bicara dalam talian turut mendapat perhatian. Pendek kata, Aura mengacaranya tidak pernah sendu.

Apatah lagi, dia bukan saja aktif sebagai pengacara majlis, tapi juga bertindak selaku penceramah motivasi dan moderator.

“Sebelum ini orang hanya mengenali saya sebagai pembaca berita dan pengacara. Tapi, apabila saya muncul sebagai penceramah dengan memberikan ‘talk’ atau terbabit dalam program rasmi, ia membuka satu lagi perspektif baharu dalam kalangan orang sekeliling.

 

BERSAMA isteri, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida.
BERSAMA isteri, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida.

 

“Perkara ini yang membuatkan saya semakin seronok dan bangga dengan pencapaian sendiri. Sebabnya, kalau saya tidak bertindak awal, mungkin saya tidak ‘kenal’ dengan lebih mendalam apa lagi yang ada pada diri saya.

“Jadi, apabila setiap kali orang bertanya bagaimana kehidupan sekarang, saya seronok untuk berkongsi. Pada masa sama, saya mahu memotivasikan orang lain,” katanya.

Terbaharu, kemunculannya di YouTube TV3 Malaysia ketika mengacarakan majlis akad nikah pelakon popular, Mira Filzah yang disiarkan secara langsung menjadi buah mulut penonton laman sosial itu.

Kebanyakan komen yang ditulis memuji lenggok dan lantunan suara serta kebijaksanaan Saiful Nizam menyusun perkataan sehingga sedap didengar dan tidak membosankan.

“Saya agak terkejut juga apabila mendapat banyak notifikasi yang memberi maklum balas mengenai penampilan saya selaku pengacara pada majlis itu.

“Sejujurnya, ia satu penghargaan buat saya dan sangat berterima kasih atas kata-kata diberikan,” katanya.

Selain itu, Saiful Nizam yang juga bapa kepada dua anak turut aktif meminjamkan suaranya dalam kebanyakan kempen dan khidmat pesanan masyarakat (PSA) membabitkan agensi kerajaan.

Bagi Saiful, jangan takut dengan rezeki sebaliknya percaya pada bakat adalah kunci utama.

Pada masa sama, Saiful Nizam juga turut menjalankan khidmat perunding pelaburan AIA dan berjaya menjadi antara yang tertinggi dalam agensi terbabit.

Harian Metro

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat