Kerajaan Madani boleh tumbang esok jika ahli Parlimen ponteng – Hassan Karim

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Kerajaan Madani diingatkan tidak ponteng Dewan Rakyat esok kerana ia bakal merisikokan nasib kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata, perlu diingat jumlah ahli Parlimen pembangkang sangat besar sekarang ini.

Justeru kata beliau, hal pengundian esok bukan perkara enteng. Jika dipandang ringan boleh membawa akibat Kerajaan Madani tumbang.

“Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2025.

“RMK13 telah dibahaskan oleh Ahli Parlimen di blok kerajaan, pembangkang dan bebas.Esok ialah minggu akhir penggulungan dari Menteri-Menteri dan diikuti dengan pengundian.

“Usul menyokong RMK13 memerlukan majoriti mudah sahaja.Pengundian secara undi suara akan dikendalikan oleh Speaker.Sekiranya di pihak kerajaan menang melalui undi suara itu dan dibantah oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang dengan tidak kurang 15 orang ahli Parlimen bangun menuntut pengundian secara belah bahagi atau block voting, maka Speaker mesti akur untuk melaksanakan undian secara belah bahagi,” jelas Hassan.

Beliau yang juga pengamal undang-undang memberitahu, di sinilah peranan Ketua Whip Kerajaan Madani iaitu Timbalan Perdana Menteri Kedua menggunakan kuasa whipnya mengarahkan semua ahli Parlimen kerajaan termasuk menteri-menteri supaya mesti hadir esok untuk menyokong usul kerajaan bagi meluluskan RMK13.

“Ini bukan perkara kecil.Bukan perkara main-main.

“Hal pengundian ini amat serius dan kesannya amat besar jika RMK13 itu ditolak oleh blok pembangkang dan bebas sama ada dalam undian suara ataupun undian belah bahagi petang esok.

“Jika kerajaan tewas esok dalam usul pembentangan RMK13 ia bermakna kerajaan hilang keabsahan atau legitimasi.

“Kekalahan sedemikian rupa bermakna Perdana Menteri dan kerajaannya hilang kepercayaan di Dewan Rakyat.

“Jadi ahli-ahli Parlimen kerajaan mesti berkampung esok di Dewan Rakyat untuk mempertahankan Kerajaan,” seru Hassan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat