Kalau dulu Teh Tarik hanya ditemui di mamak atau warung, kini ia tampil dengan wajah lebih segar dihidangkan sejuk dalam cawan Coolblog berwarna ungu ikonik. Tahun ini, sempena Hari Kebangsaan ke-68 dan ulang tahun ke-20, Coolblog membuktikan bahawa minuman bukan sekadar pelepas dahaga, tetapi juga pengikat rasa kebersamaan.
Pada 31 Ogos nanti, 10,000 rakyat Malaysia berpeluang menikmati Teh Tarik Ais percuma dengan hanya melaungkan kata keramat, “I Love Malaysia”. Ia ringkas, tetapi penuh makna menyatukan pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam semangat patriotik.
Coolblog bermula dengan kiosk kecil, tetapi kini sudah sinonim dengan gaya hidup remaja, keluarga dan pencinta minuman manis. Dari Strawberry Cheese Smoothies ke Unicool Magical, setiap generasi pasti ada ‘favourite’ tersendiri. Ulang tahun ke-20 bukan sekadar angka, tetapi bukti jenama tempatan boleh kekal relevan walaupun dihujani trend minuman antarabangsa.

Melalui kempen “20 Tahun Still Cool”, Coolblog bukan saja meraikan nostalgia, tetapi juga menghadiahkan pelanggannya dengan promosi mesra poket: minuman bermula RM3, diskaun 20%, malah peluang memenangi iPhone, basikal elektrik, plat emas 999.9 dan ratusan ribu hadiah lain melalui kupon Tear & Win.
Mungkin inilah kekuatan utama Coolblog berani menggabungkan tradisi Malaysia dengan gaya kontemporari. Teh Tarik dalam versi on-the-go bukan saja praktikal, tetapi juga simbol bagaimana budaya kita boleh berevolusi tanpa kehilangan identiti.
Di saat banyak jenama luar masuk ke pasaran tempatan, Coolblog kekal teguh dengan semangat “lokal rasa global gaya”. Ia mengingatkan kita bahawa cinta pada negara boleh hadir dalam bentuk paling sederhana: menghirup segelas minuman yang membangkitkan kenangan bersama.
Facebook: @coolblog.my • Instagram: @coolblogmalaysia • Tiktok: @coolblogmalaysia
#TehTarikModen #20TahunStillCool #MinumanMalaysia



