Kunto Aji terharu di Malaysia

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya hampir menitiskan air mata,” kata penyanyi Indonesia, Kunto Aji ketika di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, di sini menjayakan Konsert Fabulous Friday: Kunto Aji, malam tadi.

Kali pertama hadir ke Kuala Lumpur, Kunto menganggap ini sebagai perkara baik yang berlaku dalam kehidupannya ketika ini.

“Sambutan daripada peminat di Malaysia benar-benar di luar jangkaan dan ia menyentuh emosi saya. Ini adalah satu malam istimewa dan perkara baik yang berlaku dalam kehidupan saya dan boleh saya raikan,” katanya.

Walaupun persiapan yang dilakukan kurang dari sebulan, Kunto bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada penganjur, Shiraz Projects Sdn Bhd, pasukan dari Bandung dan juga DFP yang membantu menjayakan konsert ini.

“Harapan saya, akan ada peluang lagi di masa akan datang untuk saya tampil sekali lagi di sini mengadakan konsert,” katanya.

Kunto tampil menghiburkan lebih 900 penonton dengan lagu-lagu popularnya antaranya Terlalu Lama Sendiri, Saudade dan Ekspektasi.

Terbaharu, Kunto kini sedang dalam proses pembikinan album terbaharunya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat