Ramai teruja Remy Ishak bakal menjadi suami esok

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Kalau dah jodoh tak ke mana.”

Itu antara maklum balas netizen sebaik mengetahui pelakon pujaan ramai, Remy Ishak bakal menamatkan zaman bujang dengan Ezza Yusof, pagi esok.

Rata-rata netizen menganggap jodoh pasangan itu sangat kuat biarpun ikatan pertunangan mereka pernah terlerai pada 2019 dan bercantum kembali tahun ini.

“Akhirnya berjodohan juga,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

“Selalu doakan jodoh mereka sebab memang sedih bila dengar putus tunang. Elok sangat kalau bersama,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

 

RUANGAN komen di IG @myhmrap.
RUANGAN komen di IG @myhmrap.

 

Dalam masa sama, ramai peminat yang menyambut baik berita penyatuan dua hati yang dikongsikan Harian Metro di Instagram @myhmrap, malam tadi.

Rata-ratanya meluahkan rasa teruja apabila impian untuk melihat pelakon kacak itu mendirikan rumah tangga bakal menjadi kenyataan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, pelakon Nabila Huda turut sempat mengucapkan tahniah kepada Remy di atas berita gembira itu.

“Alhamdulillah. Tahniah Remy,” tulisnya.

Semalam, Remy mengumumkan berita pernikahan dengan wanita pilihan hatinya yang bakal berlangsung esok di sebuah lokasi sekitar ibu kota dengan kehadiran jumlah tetamu yang terhad.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat