Pengarah Filem Geran Akui Terkejut Filemnya Terima Anugerah NYAFF

- Advertisement -

PENGARAH dan penerbit filem Geran, Mohd Shahreel Abu Bakar mengakui terkejut selepas mengetahui filem arahan pertamanya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19.

“Saya dan pasukan produksi terkejut sebab filem ini tanpa bajet,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Mohd Shahreel berkata, perasaan teruja dan gembira itu sukar untuk diungkapkan memandangkan kejayaan filem Geran itu datang tanpa diduga.

“Pada mulanya saya terkejut sebab tidak pernah menjangka potensi filem ini boleh pergi sejauh itu.

“Tambahan pula Geran bukan sebuah filem yang ada bajet, sebaliknya kekuatan filem ini merujuk kepada jati diri rakyat Malaysia selain mempunyai identiti tersendiri,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.

Filem aksi persilatan, ‘Geran’ terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.

Kemenangan itu meletakkan pengarah filem Geran, Mohd Shahreel atau lebih dikenali sebagai Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.

Mohd Shahreel berkata, kejayaan itu akan menjadi perangsang buat industri perfileman negara untuk menghasilkan bahan yang bermutu dan berkualiti tinggi.

“Tidak dinafikan kejayaan ini akan menjadi batu lonjatan untuk menghasilkan lebih banyak filem-filem yang bermutu dan berkualiti tinggi pada masa hadapan.

“Filem ini berkisarkan semangat jati diri rakyat Malaysia yang difokuskan elemen seni silat mempertahankan diri antara budaya dan warisan negara yang perlu dijaga buat selama-lamanya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat