Conteng Mural: UMNO Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera

- Advertisement -

SHAH ALAM – Umno hari ini menggesa agar kerajaan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang menconteng mural Yang di-Pertuan Agong dan beberapa pemimpin-pemimpin negara yang turut sama diconteng.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran ringkas dilaman Facebook miliknya membuat gesaan tersebut hari ini.

“Pihak berkuasa perlu segera ambil tindakan tegas terhadap perbuatan melampau pihak yang menconteng mural Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin-pemimpin negara di Shah Alam,” katanya.

Terdahulu, mural gergasi pemimpin negara yang diconteng cat merah dan perkataan-perkataan kesat telah dipadam sepenuhnya oleh petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi.

Hari ini, pihak MBSA bersama PDRM hadir ke Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 selepas pihak media melaporkan berita berkenaan contengan terhadap mural gergasi berkenaan.

Potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah termasuk pemimpin utama negra telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

SuaraTV awal pagi hari ini menerbitkan klip video berdurasi 0:15 saat yang dikirimkan oleh pembaca memaparkan mural-mural tersebut diconteng dengan kata-kata kesat seperti babi, bangsat dan sebagainya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat