Bayaran BSH Fasa Ketiga Dibuat Jumaat Ini

Tabung Amanah NCTF Tawar Pembiayaan Sehingga RM1 Juta – Dr Shamsul

PUTRAJAYA - Jabatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta institut pengajian awam, dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi cadangan (RFP) bagi pembiayaan di bawah Tabung...

KKM Jangka PKP Hanya 4 Minggu

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

3,048 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, PKP Dijangka 4 Minggu Sahaja – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

Rasuah RM2 Juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta...

Akibat isu peribadi, Shuk digantung sementara bertugas di Hot FM

CYBERJAYA: Ekoran dari tular di media sosial masalah peribadi yang dihadapi oleh pelawak Shuk Sahar, pengurusan Hot FM menggantung sementara tugas di solt Geng...

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Fasa Ketiga kepada 4.28 juta penerima akan dilaksanakan mulai Jumaat ini, 24 Julai 2020.

Kementerian Kewangan berkata, peruntukan bayaran bagi fasa ini adalah sebanyak RM3.0 bilion.

Bayaran itu melibatkan 3.75 juta isi rumah dan 53,000 orang bujang (40-59 tahun).

Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.

Katanya, isi rumah pendapatan bawah RM2,000 akan menerima RM600 dan bujang RM400.

Manakala isi rumah berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000 pula menerima RM350 dan RM3,001 hingga RM4,000 pula menerima RM100.

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah.

Secara ringkasnya, sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai 4 orang anak yang layak, beliau akan menerima RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada Fasa Pertama (Januari 2020), RM200 pada Fasa Kedua (Mac 2020) dan RM1,080 pada Fasa Ketiga (Julai 2020).

Bayaran BSH ini adalah lebih bersasar kerana turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluarga.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.

Kementerian Kewangan berkata, dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

3,048 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, PKP Dijangka 4 Minggu Sahaja – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

PKP: Perlu imbangi ekonomi dan kesihatan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dengan memberi kelonggaran tertentu, terutama bagi sektor ekonomi, adalah sesuatu yang sukar tetapi perlu...

Eurocham Malaysia Gesa Komuniti Perniagaan Patuhi SOP Elak Aktiviti Ekonomi Ditutup

KUALA LUMPUR, 24 Jan -- Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (Eurocham Malaysia) berkata komuniti perniagaan harus memandang serius terhadap laporan media...