Bunga Citra Lestari ekspresi kehilangan melalui ’12 tahun terindah’

Jika KM Daripada Bersatu, BN Wajar Mengadap Agong Bubar Parlimen

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sewajarnya menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Ketua Menteri Sabah baharu dilantik daripada...

Warisan Didakwa Tawar ADUN PBS Duit, Jawatan Untuk Lompat

Kota Kinabalu - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal cuba bermain politik kotor. PBS...

#PRNSabah : Beberapa ADUN Warisan Dijangka Akan Lompat Parti Sertai GRS

Kota Kinabalu - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) di katakan akan melompat untuk menyertai kerajaan negeri pimpinan Gabungan...

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

“TERIMA Kasih Tuhan kau telah berikan 12 tahun terindah bersama dirinya menjalani cinta yang ku pikir tak ada, takkan ku tukar dengan apa pun di dunia”.

Begitulah antara bait lirik lagu baru penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari, 37, atau lebih dikenali sebagai BCL yang meruntun hati setelah kehilangan suami tersayang.

Sewaktu berita ini ditulis, lagu terbaru beliau berjudul ‘12 Tahun Terindah’ di laman akaun YouTube rasmi ‘It’s Me BCL’ mendapat sambutan positif apabila sudah ditonton hampir sejuta kali selepas 4 jam dimuat naik.

Melalui klip muzik video rasmi itu dapat dilihat imbasan kembali kenangan manis bersama suaminya Allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair atau Ashraf Sinclair bersama anak tunggal mereka Noah Aidan Sinclair, 10.

Video berdurasi empat minit 40 saat itu sebahagian besar berlatar belakang hitam putih, diselitkan rakaman video serta beberapa keping foto kenangan manis sejak mereka diijabkabulkan sehinggalah kehadiran Noah yang mewarnai kehidupan mereka.

Video yang disunting dan diarahkan adik bongsu Ashraf, Adam Sinclair, berakhir dengan permandangan BCL dan Noah duduk membelakang kamera bersama kucing peliharaan mereka, telah menyentuh hati ramai pihak termasuk rakan-rakan artis dan netizen.

Beberapa selebriti termasuk penyanyi Malaysia yang juga adik ipar Bunga, Yuna, membuat hantaran di Instagram story milik beliau dengan kapsyen “My sis is releasing her beautiful song tomorrow 12 Tahun Terindah (The best 12 Years). Rest in peace Ash, we miss you, Al-Fatihah,” tulisnya. (Kakak saya lancar lagu yang sungguh indah esok 12 Tahun Terindah. Semoga tenang di sana Ash, kami rindu anda)

Sementara itu, pelakon Nora Danish dan penyanyi Melly Goeslaw turut meninggalkan kapsyen “love” di ruangan komen Instagram, manakala pereka fesyen terkenal tanah air Hatta Dolmat meninggalkan komen “BEAUTIFUL SONG! Love you Bunga”. (LAGU YANG SUNGGUH INDAH!)

Sebelum ini, media Indonesia dan Malaysia digemparkan dengan pemergian Ashraf secara mendadak di usia 40 tahun akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.

Ashraf, pengacara dan pelakon popular Malaysia, mengahwini BCL pada 2008, dan kemudian melebarkan kariernya sebagai pelakon dan usahawan di Indonesia. –

Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...