Dolla sahut cabaran BLACKPINK

RM24 juta bagi Bantuan Pelan Data kepada 300 Ribu Pelajar IPT

PUTRAJAYA, 31 Okt -- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan RM24 juta bagi Bantuan Pelan Data kepada 320,396 pelajar dari kategori B40 bagi memastikan mereka mendapat persekitaran...

Rakyat Malaysia Di Turki, Greece Selamat

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung dengan gempa bumi yang menggegarkan Turki dan Greece, awal pagi tadi. Kementerian Luar berkata, berdasarkan laporan...

Covid-19: Britain Mungkin Laksana Lockdown Seluruh Negara Rabu Depan

BRITAIN: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang menimbang untuk mengenakan tindakan penutupan nasional baru minggu depan, di tengah-tengah kebimbangan bahawa hospital di seluruh negara...

Lebih RM164 Juta Diperuntukkan Untuk Bendung COVID-19 Di Sabah

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperuntukkan RM164.6 juta untuk mempertingkatkan usaha membendung penularan jangkitan COVID-19 di Sabah, dari September hingga Oktober tahun ini. Menteri Kesihatan Datuk...

Majlis Peguam Cadang Gubal Undang-Undang Antilompat Parti

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam sekali lagi menggesa kerajaan mempertimbangkan penggubalan undang-undang antilompat parti pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini. Presidennya, Salim Bashir, berkata undang-undang...

BAGI menyahut cabaran, kumpulan Dolla turut menyertai pertandingan How You Like That Dance Cover Contest yang dianjurkan kumpulan wanita terkenal antarabangsa, BLACKPINK.

Dolla yang dianggotai empat wanita iaitu Sabrina, Tabby, Syasya dan Angel berharap video tarian mereka mendapat sokongan rakyat Malaysia.

Wakil mereka, Sabronzo berkata, video yang dimuat naik Dolla di Instagram @dolla.official dan YouTube itu mengikut kriteria koreografi lagu terbaharu BLACKPINK.

“Kami berharap video penyertaan ini mengikut koreografi lagu terbaharu BLACKPINK sekali gus berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia dan di luar negara.

“Sekiranya video ini dapat pergi jauh dan dinikmati oleh ramai orang pun sudah memadai. Semoga peminat muzik di Malaysia sudi menyokong usaha kami ini dengan menonton dan berkongsi video ini dengan rakan-rakan,” katanya.

Pertandingan itu menawarkan hadiah utama sejumlah KRW 10 juta bersamaan dengan RM35,000.

Pertandingan itu juga memerlukan peserta merakam video tarian mengikut koreografi penuh seperti yang dipaparkan dalam video muzik terbaharu BLACKPINK, How You Like That.

Pertandingan yang berlangsung dari 6 Julai lalu itu bakal berakhir hari ini dan pemenang akan diumumkan pada 28 Julai ini.

Dolla yang melancarkan single debut mereka Dolla Make You Wanna pada Mac lalu mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan konsep lagu, penampilan, nyanyian dan tarian mereka.

Malah video rasmi lagu itu yang dimuatnaik di laman YouTube Universal Music Malaysia sejak 19 Mac lalu, sudah mencapai lebih satu juta tontonan. Suatu pencapaian yang sangat memberangsangkan dan boleh dibanggakan untuk bakat baharu seperti mereka.

Dalam masa sama, video muzik itu turut menjadi tumpuan YouTuber dari dalam dan luar negara.

Ada yang mula membuat video ‘dance cover’ mengikut gerak tari Dolla dalam video muzik itu selain turut membuat video ulasan dengan maklum balas positif berkenaan bakat tarian Dolla yang dipuji sebagai mempesonakan.

HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Pentingnya Peranan Raja Lindungi Negara Dari Orang Tamak, Gila Kuasa – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa...

Berita Berkaitan

5 Masalah Yang Biasa Timbul Selepas Beli Komputer Riba

Di pasaran pada ketika ini, terdapat banyak jenama yang menawarkan komputer riba berkualiti di pasaran dengan pelbagai spesifikasi dan reka bentuk. Sebagai pembeli yang mungkin...

Apple iPhone 12 Dan 12 Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula 13 November

Mulai diumumkan pada atur cara rasmi pada 14 Oktober lalu, orang ramai nampaknya sudah tidak sabar untuk menjadi yang terawal mendapatkan model terbaru daripada...

DJ Lin masuk hospital

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua minggu berdepan keadaan kesihatan tidak menentu akhirnya penyampai radio Suria FM, DJ Lin terpaksa menyerah kalah dan dimasukkan ke...