MBSA Padam Mural Gergasi Agong, PM Dan Pemimpin Lain

- Advertisement -

SHAH ALAM – Mural gergasi pemimpin negara yang diconteng cat merah dan perkatan-perkataan kesat telah dipadam sepenuhnya oleh petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi.

Hari ini, pihak MBSA bersama PDRM hadir ke Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 selepas pihak media melaporkan berita berkenaan contengan terhadap mural gergasi berkenaan.

Potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah termasuk pemimpin utama negra telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
SuaraTV awal pagi hari ini menerbitkan klip video berdurasi 0:15 saat yang dikirimkan oleh pembaca memaparkan mural-mural tersebut diconteng dengan kata-kata kesat seperti babi, bangsat dan sebagainya.

Mural tersebut dihasilkan tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.

Seri Paduka sebelum ini turut berkenan berkenan berangkat melawat mural gergasi tersebut sebelum mengurniakan surat penghargaan dan cendera kenangan kepada tiga pelukis terbabit.


Menurut ketiga-tiga pelukis itu, penghasilan mural ini sebagai cara mereka mengekspresi penghargaan terhadap pemimpin yang sudah banyak berjasa kepada negara.
Selain potret Al-Sultan Abdullah, pelukis berkenaan turut menghasilkan potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Potret ini dilukis sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin negara atas usaha mereka memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, terutama ketika penularan wabak COVID-19.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat