5 Hari Cuti Sekolah Sempena AidilAdha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekolah di seluruh negara akan bercuti selama lima hari sempena sambutan hari raya Aidil Adha 1441 Hijrah/2020M.

Mengikut pekeliling yang telah mula diedarkan oleh sebahagian sekolah, pelajar dimaklumlkan cuti Aidil Adha akan bermula pada Khamis, 30 Julai 2020 hingga Isnin 3 Ogos 2020. Sekolah akan dibuka semula pada Selasa, 4 Ogos 2020.

Hari raya Aidil Adha merupakan perayaan besar umat Islam yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun Hijrah. Ketika ini juga umat Islam di seluruh dunia akan melakukan ibadah korban selama empat hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Umat Islam dijangka menyambut perayaan Aidil Adha ini pada 31 Julai. Namun tarikh sebenar akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada malam 21 Julai 2020, setelah melihat anak bulan waktu maghrib hari sama bagi menentukan tarikh 1 Zulhijjah 1441H. -Suara TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat