Jalan Mendap, Jalan U-Thant Ditutup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jalan Taman U Thant, Taman U Thant, Kuala Lumpur ditutup selepas terdapat jalan mendap dan runtuhan tembok berdekatan Residensi 16, hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, Skuad Penyelamat DBKL yang menerima aduan mengenai kejadian itu ke bergegas ke lokasi pada 3.35 petang.

Menurutnya, siasatan dan pemantauan mendapati pokok dan tiang kabel syarikat telekomunikasi di situ hampir tumbang.

“Terdapat aliran air di kawasan mendapan. Skuad Penyelamat menutup jalan itu khuatir akan membahayakan keselamatan kepada awam.

“Agensi sahabat DBKL yang berkaitan dimaklumkan berhubung kejadian itu bagi tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, orang awam dinasihati untuk tidak melewati kawasan berkenaan dan mematuhi penanda diletakkan di situ.

-Harian Metro-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat